“Hai orang-orang yang beriman, berTAQWAlah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan berTAQWAlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al Hasyr: 18)
setiap hari anda akan dilahirkan semula
-
Rene Descartes (1596-1650) Rene Descartes dilahirkan pada 31 Mac 1596, di La haye, sebuah Bandar kecil di Touraine, Perancis. Beliau adalah...
-
alhamdulillah selesai sudah latihan mnembak dengan menggunakan senjata angkatan tentera malaysia yang baru COLT M4 yang bakal menggantikan S...
-
IBN MAJID DAN SUMBANGANNYA TERHADAP TEKNOLOGI PELAYARAN: SUATU PENGENALAN UMUM Asma’ Wardah binti Surtahman(PHD) Mohd Khairuddin bin Mohd H...
-
Buku bertajuk Raja Ali Haji ditulis oleh Profesor Dr. Awang Sariyan seorang pakar di dalam bidang bahasa dan linguistik melayu. Buku ini dit...
-
Buku yang ingin diulas oleh saya pada hari ini berjudul “ Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Antara Fakta & Palsu . Buku yang diulas ini m...
-
sedikit perkongsian ilmu dari penulis untuk pengunjung,,,,hasil dari bacaan buku yang bertajuk MAFAHIM YAJIBU AN TUSAHHAHA (kefahaman yang w...
-
Nabi Perempuan Pandangan Jemaah Islam Liberal Namun, setelah saya cek ke sejumlah kitab, ternyata status kenabian tak hanya dimonopoli kaum...
-
bismillahirrahmanirrahim.. sudah lama benar rasanya ana tak menulis di blog berkongsi citera hidup dan berkongsi ilmu dan hikmah bersama rak...
Rabu, 2 Mei 2012
bismillahirrahmanirrahim..
sudah lama benar rasanya ana tak menulis di blog berkongsi citera hidup dan berkongsi ilmu dan hikmah bersama rakan2 lain.,kalau dulu masa belajar mungkin tangan ini ringan untuk menulis sesuatu di blog atas faktor sudah bekerja dan kepadatan jadual ana tidak dapat memenuhi tuntutan berblog,alhamdulillah maha pemurah ALLAH kerana DIA injection kembali kekuatan ana untuk berkongsi cerita dan rasa di blog. diam tak diam dah hampir 2 tahun ana bekerja dalam perkhidmatan angkatan tentera malaysia dan dalam masa yang sama memenuhi tuntutan kuliah dan kajian untuk PhD ana. agak tumpul juga minda untuk menulis sesuatu, insyallah atas kekuatan, pengalaman dan hadiah kehidupan yang ALLAH bagi ana akan cuba berkongsi nilai indah hidup yang ALLAH berikan untuk kita. 2 tahun berkhidmat sebagai anggota tentera malaysia banyak mengajar ana ERTI penganut agama ISLAM sebenar.erti dakwah di lapangan dan kekuatan fizikal dan mental dalam berhadapan dengan mereka-mereka yang dahagakan dan kakis pengatahuan agama.ramai rakan-rakan dan sahabat-sahabat mempersoalkan mengapa ana memilih perkhidmatan ATM sebagai kerjaya utama yang penuh dengan kesulitan dan sedikitnya peluang untuk bertindak dan yang pastinya setiap tingkah laku kita mesti mengikut arahan yang ditetapkan tanpa ada peluang untuk mempersoalkan, sedangkan ana di UNIVERSITI adalah diantara pelajar yang cemerlang dan menjadi tempat rakan-rakan lain berkongsi ruang dan peluang dalam disiplin ilmu, dan yang paling penting seorang pelajar yang sering mempersoalkan tentang apa yang diajarkan oleh murabbi-murabbi ana. alhamdllah ALLAH berikan ana kecemerlangan yang berganda apabila diterima ke peringkat PhD selepas IJAZAH pertama tanpa perlu menjalani pengajian master. dan ana tidak pernah menjadikan alasan bekerja di dalam perkhidmatan ATM sebagai penghalang untuk ana mencapai cita-cita sebagai profesional ISLAM. yang paling penting adalah bagaimana kita menghargai dan menguruskan masa kita secara terancang. dan berikanlah sepenuh jiwa dan raga kita untuk ALLAH (walaupun susah) tapi tidak salah untuk berusaha. apapun hidup ini perlu diteruskan...
senjata M4
alhamdulillah selesai sudah latihan mnembak dengan menggunakan senjata angkatan tentera malaysia yang baru COLT M4 yang bakal menggantikan STAYER. pertama kali menggunakan senjata COLT M4 yang baru ini sudah mengujakan. daya kepadatan hentamannya pasti mengujakan bagi sesiapa yang menggunakannya. dulu masa kecik-kecik suka tengok askar main tembak-tembak lepastu suka dok tengok askar berjalan..haha diorang kalau jalan semua serentak. masa masuk peringkat ijazah tak pernah pun terbayang nak jadi askar. entah macam mana lepas abis ja ijazah terus mohon jadi anggota tentera..alhamdulillah dapat jadi tentera. perjalanan kerjaya yang ana tak pernah rancang. first time masa bekerja dulu punyalah excited melampau, tapi bila dah kena macam-macam jadi server down..tapi perjalanan hidup mesti diteruskan. berbalik cerita ana pada senjata M4 yang bakal menggantikan STAYER ni. ana tak pernah guna senjata ni baru pertama kali tapi masa menembak ketepatan tembakan ana rasakan M4 agak memberangsangkan berbanding STAYER. dan yang lebih mengujakan senjata M4 ini mampu di sesuaikan atau dipasang persenjataan lain yang boleh dipasang di bawah larasnya (undeslug) samada tipe peluncur GRANAT ataupun SHOTGUN berbeza dengan STAYER yang hanya bertindak 1 fungsi. M4 ni jugak boleh pasang SHOTGUN REMINGTON M870 yang dipendekkan larasnya dan dipasang di bawah laras M4 yang pelurunya berkapasiti 3+1 berkaliber 12 gauge dan berat sistem 2.6kg. menarik bukan???hehehe..sebelum terlupa senjata tempur COLT M4 ni adalah buatan amerika syarikat (US). Senjata ini paling ringan dan berukuran sederhana sepertimana versi yang ada pada raifal Colt M16A2, mempunyai 80% kelengkapan dengan M16A2. Karbin M4 ini mempunyai versi mod tembakan dwi pilihan, seperti separa automatik (semi) dan tembakan 3 semburan (burst), sebaliknya M4A1 mempunyai sistem tembakan semburan sepenuhnya (auto) yang diletakkan dibawah mod yang sama; Burst. Tidak sama dengan laras M16, laras M4 mempunyai ketebalan maksima bagi mengurangkan kepanasan semasa menjalankan tembakan semburan dalam jangkamasa yang lama. cerita panjang-panjang pun tak best kan..sebab banyak perkara yang nak cerita kalau berkenaan dengan senjata tempur ni. apapun dasar ATM menggunakan senjata COLT M4 ni satu keputusan yang ana rasa agak membanggakan dengan keadaan teknologi sekarang. kat bawah ni bagi secara detail berkenaan dengan senjata tempur COLT M4 ni boleh klik kat link ni http://ms.wikipedia.org/wiki/Colt_M4
Selasa, 24 April 2012
RAJA ALI HAJI
Buku bertajuk Raja Ali Haji ditulis oleh Profesor Dr. Awang Sariyan seorang pakar di dalam bidang bahasa dan linguistik melayu. Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Linguistik Melayu pada tahun 2005. Buku ini adalah hasil daripada syrahan umum mengenai Raja Ali Haji. Mengandungi 54 muka surat bercetak. Buku ini juga hanya berkisar mengenai Raja Ali Haji sahaja. Melalui syarahan Raja Ali Haji ini, seorang tokoh dari luar Negara dan dalam Negara di undang untuk menyampaikan syarahan ilmiah. Isi syarahan bersifat serius dan dibukukan untuk sebaran kepada umum.
Nama dan syarahan ini dipilih sebagai menghormati cendekiawan Melayu silam yang banyak memberi sumbangannya terhadap bidang bahasa, persuratan dan pensejarahan Melayu, iaitu Raja Ali Haji. Tujuan utama syarahan tahunan itu diadakan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat tentang persoalan-persoalan semasa dalam bidang bahasa dan persuratan melayu. Di samping itu, bertujuan untuk memberikan penghormatan kepada tokoh-tokoh semasa dalam bidang bahasa dan persuratan membentangkan buah fikiran, gagasan dan wawasannya dalam rangka memartabatkan bahasa dan persuratan melayu.
Raja Ali haji (1809-1870) atau nama sebenarnya Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dilairkan dan dibesarkan di Pulau Penyengat, sebuah pulau kecil di Riau, yang ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan ilmu pengetahuan Islam di kepulauan Melayu. Sebagai putera daripada golongan bangsawan Riau, beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan Riau-Johor.
Raja Ali Haji mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam dan ilmu pentadbiran. Pengetahuan agama yang mendalam diperolehinya daripada ulama’-ulama’ setempat dan luar negara. Beliau telah menjadi guru agama dan mengajar bahasa Arab.
Beiau juga terdidik dengan ilmu-ilmu lain, dan telah menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang, iaitu agama, bahasa, sastera, sejarah, dan undang-undang. Ia turut menjadi guru agama yang mengajarkan tatabahasa, fikah, dan tasawwuf. Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya yang amat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu Kitab Bustanul Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859).
Buku tatabahasa Melayu karangannya yang diberi nama Bustanul Katibin Lis Subyanil Mutaalamin diterjemahkan secara harfiah ke dalam bahasa Melayu sebagai Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia, dan merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa Naskhah Bustanul Katibin ini telah dihasilkan dalam bentuk cap batu pada 20 syaaban 1273 H (15 April 1857) di Pulau Penyengat. Tebal buku ini 70 halaman, dan terdiri daripada ‘mukaddimah’, 31 fasal, dan khatimah. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah penulisan tentang bahasa Melayu, sementara bahagian kedua menghuraikan tatabahasa bahasa Arab. Pada umumnya buku ini merupakan buku tentang bagaimana menulis bahasa Arab dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian istilah bahasa Arab. Penulis berusaha menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu.
Kitab pengetahuan bahasa yang tebalnya kira-kira 550 halaman disusun dalam tahun 1858 dan dicetak di Singapura dalam tahun 1929. Karya ini merupakan sebuah kamus, tetapi dalam erti kamus zaman sekarang. Lebih tepat buku ini merupakan ensiklopedia yang mengandungi pengetahuan umum, pendapat dan pandangan pengarangnya tentang perkataan-perkataan. Pengarang menyusun entri dengan tidak mengikut susunan abjab, sebaliknya menurut caranya tersendiri. Buku ini tidak lengkap dan berakhir setakat huruf ca (s) sahaja. Sebanyak 3 halaman mengandung huraian tentang bahasa Arab yang diterapkan oleh pengarang ke dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, terutamanya apabila ditinjau dari kaca mata kini, buku ini tetap penting dan merupakan usaha pertama orang Melayu dalam menyusun kamus.
Melalui kedua-dua karya itu, Raja Ali Haji telah memulakan proses membina dan menjadikan bahasa melayu Riau bahasa yang kukuh dan berupaya sebagai alat penungkapan ilmu pengetahuan. Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan persuratan di Kepulauan Melayu.
Seperti yang telah disebut, Raja Ali Haji telah melahirkan karya dalam bidang-bidang lain juga. Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai “pencatat sejarah nusantara yang pertama” dengan buku Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis yang merupakan antara sumber terpenting bagi sejarah Melayu.
Buku sejarah yang lebih luas dan terperinci kandungannya ialah Tuhfat al-Nafis yang mula ditulis pada tahun 1865. Buku yang terdiri daripada dua bahagian ini membincangkan sejarah Singapura, Melaka, Johor dan riwayat raja-raa Bugis.
Kecintaan Raja Ali Haji tehadap kesusasteraan, khususnya puisi terserlah melalui tulisa-tulisan sejarahnya yang sering disulami syair-syair dan puisi, sehingga dalam Kitab Pengetahuan Bahasa kerangannya terdapat juga beberapa rangkap puisi.
Kesimpulannya buku ini adalah suatau buku yang sangat bagus untuk dijadikan rujukan dalam mengenali Raja Ali Haji serta karya-karyanya yang pastinya takkan pernah ditelan zaman. Penulis juga menggunakan bahan-bahan rujukan yang sukar untuk didapati di dalam negara. Ini kerana hamper semua bahan-bahan berunsurkan manuskrip Melayu banyak di simpan di Universiti dan Pusat serta Muzium-muzium artifak di luar negara.
Nama dan syarahan ini dipilih sebagai menghormati cendekiawan Melayu silam yang banyak memberi sumbangannya terhadap bidang bahasa, persuratan dan pensejarahan Melayu, iaitu Raja Ali Haji. Tujuan utama syarahan tahunan itu diadakan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat tentang persoalan-persoalan semasa dalam bidang bahasa dan persuratan melayu. Di samping itu, bertujuan untuk memberikan penghormatan kepada tokoh-tokoh semasa dalam bidang bahasa dan persuratan membentangkan buah fikiran, gagasan dan wawasannya dalam rangka memartabatkan bahasa dan persuratan melayu.
Raja Ali haji (1809-1870) atau nama sebenarnya Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dilairkan dan dibesarkan di Pulau Penyengat, sebuah pulau kecil di Riau, yang ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan ilmu pengetahuan Islam di kepulauan Melayu. Sebagai putera daripada golongan bangsawan Riau, beliau pernah menjawat berbagai-bagai jawatan penting dalam kerajaan Riau-Johor.
Raja Ali Haji mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam dan ilmu pentadbiran. Pengetahuan agama yang mendalam diperolehinya daripada ulama’-ulama’ setempat dan luar negara. Beliau telah menjadi guru agama dan mengajar bahasa Arab.
Beiau juga terdidik dengan ilmu-ilmu lain, dan telah menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang, iaitu agama, bahasa, sastera, sejarah, dan undang-undang. Ia turut menjadi guru agama yang mengajarkan tatabahasa, fikah, dan tasawwuf. Dalam bidang bahasa, Raja Ali Haji telah menghasilkan dua buah karya yang amat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu Kitab Bustanul Katibin (1857) dan Kitab Pengetahuan Bahasa (1859).
Buku tatabahasa Melayu karangannya yang diberi nama Bustanul Katibin Lis Subyanil Mutaalamin diterjemahkan secara harfiah ke dalam bahasa Melayu sebagai Kitab Perkebunan Jurutulis Bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia, dan merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa Naskhah Bustanul Katibin ini telah dihasilkan dalam bentuk cap batu pada 20 syaaban 1273 H (15 April 1857) di Pulau Penyengat. Tebal buku ini 70 halaman, dan terdiri daripada ‘mukaddimah’, 31 fasal, dan khatimah. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah penulisan tentang bahasa Melayu, sementara bahagian kedua menghuraikan tatabahasa bahasa Arab. Pada umumnya buku ini merupakan buku tentang bagaimana menulis bahasa Arab dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian istilah bahasa Arab. Penulis berusaha menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu.
Kitab pengetahuan bahasa yang tebalnya kira-kira 550 halaman disusun dalam tahun 1858 dan dicetak di Singapura dalam tahun 1929. Karya ini merupakan sebuah kamus, tetapi dalam erti kamus zaman sekarang. Lebih tepat buku ini merupakan ensiklopedia yang mengandungi pengetahuan umum, pendapat dan pandangan pengarangnya tentang perkataan-perkataan. Pengarang menyusun entri dengan tidak mengikut susunan abjab, sebaliknya menurut caranya tersendiri. Buku ini tidak lengkap dan berakhir setakat huruf ca (s) sahaja. Sebanyak 3 halaman mengandung huraian tentang bahasa Arab yang diterapkan oleh pengarang ke dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat beberapa kelemahan, terutamanya apabila ditinjau dari kaca mata kini, buku ini tetap penting dan merupakan usaha pertama orang Melayu dalam menyusun kamus.
Melalui kedua-dua karya itu, Raja Ali Haji telah memulakan proses membina dan menjadikan bahasa melayu Riau bahasa yang kukuh dan berupaya sebagai alat penungkapan ilmu pengetahuan. Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan persuratan di Kepulauan Melayu.
Seperti yang telah disebut, Raja Ali Haji telah melahirkan karya dalam bidang-bidang lain juga. Dalam bidang sejarah, beliau dianggap sebagai “pencatat sejarah nusantara yang pertama” dengan buku Salasilah Melayu dan Bugis dan Tuhfat al-Nafis yang merupakan antara sumber terpenting bagi sejarah Melayu.
Buku sejarah yang lebih luas dan terperinci kandungannya ialah Tuhfat al-Nafis yang mula ditulis pada tahun 1865. Buku yang terdiri daripada dua bahagian ini membincangkan sejarah Singapura, Melaka, Johor dan riwayat raja-raa Bugis.
Kecintaan Raja Ali Haji tehadap kesusasteraan, khususnya puisi terserlah melalui tulisa-tulisan sejarahnya yang sering disulami syair-syair dan puisi, sehingga dalam Kitab Pengetahuan Bahasa kerangannya terdapat juga beberapa rangkap puisi.
Kesimpulannya buku ini adalah suatau buku yang sangat bagus untuk dijadikan rujukan dalam mengenali Raja Ali Haji serta karya-karyanya yang pastinya takkan pernah ditelan zaman. Penulis juga menggunakan bahan-bahan rujukan yang sukar untuk didapati di dalam negara. Ini kerana hamper semua bahan-bahan berunsurkan manuskrip Melayu banyak di simpan di Universiti dan Pusat serta Muzium-muzium artifak di luar negara.
WANITA boleh menjadi NABI..
Nabi Perempuan
Pandangan Jemaah Islam Liberal
Namun, setelah saya cek ke sejumlah kitab, ternyata status kenabian tak hanya dimonopoli kaum laki-laki. Ada juga nabi dari kalangan perempuan. Misalnya Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (Juz II, hlm. 59) mengutip satu pendapat yang menyatakan bahwa tak tertutup pintu bagi hadirnya nabi perempuan.
Semua agama memiliki nabi atau rasul. Nabi biasanya dipandang sebagai seseorang yang ditunjuk oleh Tuhan untuk menyampaikan wahyu kepada seluruh umat manusia. Sejumlah buku menyebutkan bahwa jumlah nabi yang diutus Tuhan ke planet bumi ini tak kurang dari 124 ribu nabi. Dari ribuan nabi itu ada yang diketahui karena diceritakan melalui kitab suci, baik dalam Taurat, Zabur, Injil, maupun Alquran.
Konon, nama-nama nabi yang tercantum dalam kitab suci-kitab suci itu tak lebih dari 200-an orang. Dengan demikian, masih banyak nabi-nabi lain yang tak diketahui. Di antara mereka ada yang disebut nabi, dan mungkin sudah banyak yang menggunakan identitas dan nama lain seperti tuan, pangeran, pendeta, kiai, atau yang lainnya.
Allah berfirman dalam surat al-Nisa’ (4): 164, "Dan (Kami telah mengutus) rasul-rasul (nabi-nabi) yang telah Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tak akan Kami ceritakan tentang mereka kepadamu.”
Para nabi itu tak menumpuk di satu kawasan, melainkan tersebar di pelbagai negeri dan bangsa. Allah berfirman (al-Nahl [16]: 36), "Sungguh telah Kami utus seorang rasul bagi tiap-tiap umat.." Allah juga berfirman (al-Ra'd [13]: 7), "bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk." Dalam surat Fathir (35): 24 Allah berfirman wa in min ummatin illa khala fiha nadzir. Bahwa tak satu umat pun yang vakum dari seorang pemberi peringatan.
Al-Qurthubi dalam al-Jami' li Ahkamil Qur`an (Jilid VII, hlm. 618) menyatakan bahwa nadzir dalam ayat itu berarti seorang nabi. Ayat ini juga, menurut Qatadah sebagaimana dikutip Thabari dalam Jami' al-Bayan fiy Ta`wil al-Qur`an (Jilid X, hlm. 408), menunjukkan bahwa para rasul itu memang menyebar ke seluruh bangsa-bangsa. Kullu ummatin kana laha rasul (setiap umat memiliki rasul).
Dengan logika ini, kita bisa menyatakan bahwa dahulu pun mungkin saja pernah lahir seorang nabi di kepulauan Indonesia. Bahkan, bukan hanya satu. Boleh jadi telah lahir beberapa nabi dari bangsa ini. Dari Palestina—sebagaimana terekam dalam kitab suci—telah lahir sejumlah Nabi.
Akan tetapi, kebanyakan mufasir Islam bersepakat bahwa nabi itu hanya terdiri dari laki-laki. Ibnu Qasim al-Ghuzzi (w. 918), pengarang kitab Fathul Qarib, menyatakan bahwa nabi adalah seorang laki-laki yang diberi wahyu oleh Allah. Dengan pengertian ini, jelas tak ada nabi perempuan. Yang ada hanya nabi laki-laki.
Namun, setelah saya cek ke sejumlah kitab, ternyata status kenabian tak hanya dimonopoli kaum laki-laki. Ada juga nabi dari kalangan perempuan. Misalnya Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (Juz II, hlm. 59) mengutip satu pendapat yang menyatakan bahwa tak tertutup pintu bagi hadirnya nabi perempuan. Dikemukakan bahwa Maryam atau Bunda Maria adalah salah seorang nabi. Perempuan lain yang diangkat menjadi Nabi, menurut pendapat ini, adalah Sarah (ibu Nabi Ishaq, isteri Nabi Ibrahim), dan ibu Nabi Musa.
Ulama yang berpendapat demikian misalnya bersandar pada ayat Alquran, wa awhayna ila ummi musa an ardhi'ihi fa idza khifti 'alaihi, fa alqihi fi al-yamm (telah Kami wahyukan kepada ibu Musa; susukanlah dia, dan apabila kamu khawatir kepadanya maka lemparkanlah ia ke dalam sungai (Nil).
Bagi ulama tersebut, wahyu hanya terjadi pada diri seorang nabi. Oleh karena itu, perempuan yang mendapatkan wahyu adalah seorang Nabi. Saya menyertai ulama tersebut; bahwa wahyu bukan hanya turun kepada laki-laki, melainkan juga terhadap perempuan. Alquran telah menunjukkan bahwa Tuhan tak melakukan diskrminasi jenis kelamin dalam perkara pewahyuan sekaligus penabiaan
mungkin ini sahaja yang mampu saya kongsikan,sabanarnya banyak lagi insyallah kalau ada permintaan
BIDAH YANG baik DAN BIDAH YANG buruk..
sedikit perkongsian ilmu dari penulis untuk pengunjung,,,,hasil dari bacaan buku yang bertajuk MAFAHIM YAJIBU AN TUSAHHAHA (kefahaman yang wajib diperbetulkan) karangan Al A'lamah Al Muhaddith PROF. DR SAYYID MUHAMMAD IBN 'ALAWI AL MALIKI AL MAKKI AL HASANI....suatau buku yang agak tebal dan memuatkan banyak sekali tajuk..akan tetapi penulis hanya membuat kesimpulan dari pembacaan penulis mengenai tajuk BID'AH...ala kulli hal selamat membaca::::
Terdapat di kalangan umat islam yang mengaku sebagai ulama’ atau pakar ajaran islam, menisbahkan diri mereka kepada salafussoleh. Mereka mengajak umat islam mengikut jejak langkah atau sunnah ulama’ salafussoleh dengan cara-cara primitive,penuh kebodohan, fanatik buta, akal yang senteng, pemahaman yang dangkal dan dada yang sempit. Bahkan, mereka juga berani memerangi setiap sesuatu yang baru dan mengingkari setiap penemuan baru yang baik dan berfaedah hanya kerana menilai (dengan pemahaman mereka yang sempit) perkara tersebut sebagai bid’ah. Pada pemahaman mereka, semua bid’ah adalah sesat tanpa membezakan di antara jenis-jenis bid’ah tersebut. Padahal, ruh islam mengkehendaki supaya kita membezakan di antara pelbagai bid’ah yang ada. Semestinya, umat islam mengakui bahawa bid’ah itu ada yang baik dan ada pula yang sesat. Inilah perkara yang dikehendaki oleh akal yang cerdas dan penelitian yang cemerlang.
Inilah perkara yang telah ditahqiq (diakui kebenarannya setelah dilakukan penelitian) oleh ulama’ usul dari kalanagn ulama’ salaf umat ini seperti Imam al ‘Iz Ibnu Abdul Salam, Imam Nawawi, Imam Suyuti, Imam Jalauddin al Mahalli, dan Ibnu Hajar r.a.
Hadith2 nabi perlu ditafsir di antara sebahagiannya dengan sebahagian hadith yang lain dan perlu disempurnakan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Umat islam perlu memahami sabda Nabi Muhammad dengan pemahaman yang cermat, komprehensif dan sempurna. Ia juga mesti ditafsirkan dengan ruh islam dan difahaminya bertepatan dengan pendapat dan penelitian Ahli Nazar (ahli pengkaji islam).
Oleh kerana itu, kita mendapati untuk memahami atau mentafsir banyak hadith, memerlukan kepada kecemerlangan akal, kecerdasan intelektual dan pemahaman yang mendalam, serta disertai hati dan yang sensitive; yang pemahamannya berdasarkan lautan syari’at islam, di samping memerhatikan keadaan dan situasi umat islam serta pelbagai keperluannya. Situasi dan keadaan umat memang harus diselaraskan dengan batasan-batasan kaedah islam, nas-nas al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tanpa terkeluar daripadanya.
Contohnya hadith ini…setiap bida’ah adalah sesat(terjemahan)
Untuk memahami hadith ini, kita mesti mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah dalam hadith ini ialah bid’ah sayyi’ah, iaitu bid’ah yang salah dan menyesatkan; yang tidak didasarkan kepada ajaran pokok agama islam. Pendekatan seperti ini atau apa diistilahkan sebagai taqyid (ikatan) juga digunakan pada hadith yang lain seperti hadith
“Tidak ada solat (yang sempurna) bagi tetangga masjid, kecuali (yang dilakukan) di dalam masjid.”
Hadith di atas, meskipun mengandungi “hasr” (pembatasan), iaitu menafikan solat tetangga masjid, tetapi kandungan umum daripada hadith-hadith lain mengenai solat, mengisyaratkan bahawa hadith tersebut perlu difahami dengan suatu qayyid atau pengikat. Maka pengertiannya, tidak ada solat (fardhu) yang sempurna bagi tetangga masjid. Namun, permasalahan ini terdapat perselisihan pendapat di antara ulama’.
Begitu juga hadith ini:
“Tiada solat di samping makanan (yang telah terhidang)”
Maksudnya, tidak sempurna solat disamping makanan yang telah terhidang.
Pendekatan ini juga harus kita gunakan untuk memahami hadith berikut:
Tidak (sempurna) iman seseorang kamu kecuali ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri.
Begitu juga hadith ini: “demi ALLAH! Tidak beriman . demi ALLAH! Tidak beriman. Demi ALLAH! Tidak beriman (dengan keimanan yang sempurna). Ada yang bertanya. “ siapakah ( yang tidak smepurna imannya) itu, wahai Rasullullah??” Baginda bersabda, “ orang yang jirannya tidak berasa aman denagn gangguannya.”
“Demikian juga hadith ini: tidak masuk syurga pengadu domba””
“tidak masuk syurga pemutus tali persaudaraan. Tidak masuk syurga orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya.”
Menurut ulama’ yang dimaksudkan dengan tidak masuk syurga itu adalah tidak masuk awal ke dalam syurga, atau tidak masuk syurga jika menghalalkan perbuatan mungkar tersebut.
Justeru ulama’ tidak memahami hadith tersebut menurut zahirnya, tetapi mereka memahaminya melalui konsep takwil.
Maka hadith bid’ah tersebut juga termasuk dalam bab ini. Keumuman kandungan pelbagai hadith dan keadaan para sahabat memberikan kesan bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah dalam hadith tersebut hanyalah bid’ah sayyi’ah; bida’ah yang jelas tidak mempunyai landasan pokok dari ajaran islam; dan bukan semua bid’ah!!!!!!!!!!!!!!......
Cuba perhatikan hadith2 kat bawah ni pulak:
“sesipa yang melakukan sunnah yang baik, maka ia berhak mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat.”
“hendaklah kalian mengikut sunnahku dan sunnah para khalifah yang memberikan petunjuk.”
Perhatikan juga perkataan Umar al Khattab mengenai solat TARAWIKH (secara berjemaah)
“sebaik-baik bid’ah adalah ini.”
IBNU MAJID...
IBN MAJID DAN SUMBANGANNYA TERHADAP TEKNOLOGI PELAYARAN: SUATU PENGENALAN UMUM
Asma’ Wardah binti Surtahman(PHD)
Mohd Khairuddin bin Mohd Halim
Prof. Madya Dr. Ali Mohammad
ABSTRAK
Penyingkapan terhadap tokoh-tokoh ilmuwan Muslim cukup menarik untuk ditonjolkan merangkumi kepakaran dalam kepelbagaian bidang seperti sejarah, falsafah, astronomi, matematik , perubatan dan geografi. Keagungan tamadun silam seiring kebangkitan para ilmuwan yang pernah dikecapi dahulu bukanlah hanya semata-mata sekadar paparan sejarah, bahkan ia perlu dibongkar secara proaktif disamping mempraktikkannya sebagai panduan sebagaimana ianya telah dipelopori oleh sebahagian besar ilmuan Eropah. Kajian ini akan mengenengahkan seorang tokoh ilmuwan Islam iaitu Ibn Majid yang merupakan ahli pelayaran Muslim sekitar abad ke-14/15M. Beliau telah menghasilkan beberapa penulisan agung dalam bidang geografi, pelayaran dan turut memaparkan penggunaan dan pengubahsuaian beberapa peralatan penting dalam pelayaran beliau. Sumbangan ini amat signifikan dalam pelayaran Muslim sekaligus menjadi panduan perjalanan laut bukan sahaja dikalangan pelayar Muslim selepas Ibn Majid, bahkan turut digunakan oleh pelayar-pelayar eropah. Karya-karya dan idea pemikiran ini sebahagiannya diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa dunia yang lain sebagai kemudahan rujukan kepada bangsa masing-masing.
****** Kertas kerja ini telah dibentangkan di seminar Kebangsaan Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Agro, Sains Dan Teknologi, Anjuran Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Pada 1-2 APRIL 2008.
SYEKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
Buku yang ingin diulas oleh saya pada hari ini berjudul “Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Antara Fakta & Palsu. Buku yang diulas ini merupakan himpunan kertas kerja daripada Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab pada 16 hingga 17 mac 2006 bertempat di Kangar, Perlis yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis.
Buku setebal 164 mukasurat termasuk kulit serta diterbitkan pada tahun 2007(cetakan pertama) yang berada di tangan saya ini telah diselenggarakan oleh Sakinah Ariff Johar,seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Wahyu Islam dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Buku ini telah diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd dan diedarkan oleh syarikat Alaf 21 Sdn Bhd serta dicetak oleh Dasar Cetak (M) Sdn Bhd.
Antara penulis atau penyumbang kertas kerja yang dimuatkan di dalam buku kecil ini adalah seperti berikut:
1) Dr Johari Mat daripada Nilam Puri Kelantan
2) Dr H.Yunahar Ilyas yang merupakan Dekan Fakulti Agama Islam Universiti Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia
3) Dr Sulaiman al Saloomi yang bertugas sebagai Professor Jabatan Aqidah Universiti Ummul Qura, Mekah
4) Syeikh Ihsan bin Muhammad bin ‘Ayish al Utaybi seorang graduan daripada Kuliyyah al Dakwah al Islamiyah, Lubnan
5) Dr Azzam Tamimi daripada Institut Pemikiran Politik Islam, London United Kingdom
6) Dr Abdul Halim Saising yang bertugas di Kolej Islam Yala, Thailand
Secara umumnya buku ini terbahagi kepada 7 kertas kerja yang jua boleh dikatakan ia terbahagi kepada 7 bab. Bab-bab tersebut adalah seperti berikut:
BAB 1
Aqidah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang ditulis oleh Dr Johari Mat. Dalam bab ini ia lebih membincangkan karya yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab beserta sumber pemikiran beliau iaitu al Quran, Sunnah dan Athar Salaf. Dalam bab ini jua beliau iaini penulis turut mengemukakan manhaj aqidah yang menjadi pegangan Syeikh Muhammad iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyah dan Tauhid Asma wal Sifat. Bab 1 ini terdiri sebanyak 11 muka surat iaitu bermula dari muka 1 hingga ke 11.
BAB 2
Bab ini berjudul Manhaj Fiqah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang dinukilkan oleh Dr H.Yunahar. Bab yang bermula daripada mukasurat 13 hingga 26 ini banyak membincangkan pengalaman kembara mencari ilmu oleh Syeikh Muhammad, mazhab fiqh yang menjadi pegangan Syeikh Muhammad dan turut sama memuatkan empat kaedah pokok yang digunakan Syeikh Muhammad dalam memahami Islam.
BAB 3
Bab ini lebih tertumpu kepada dakwah yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad, dasar-dasar dalam dakwahnya samada dari sudut aqidah, fiqh dan jua amar ma’ruf. Tidak ketinggalan jua beliau turut menyertakan contoh-contoh karya Syeikh Muhammad disamping tuduhan-tuduhan pihak musuh terhadap usaha dakwah Syeikh Muhammad. Bab ini berjudul Manhaj Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Dalam Aqidah telah ditulis oleh Dr Abdul Halim Saising
BAB 4
Bab ini memuatkan kertas kerja yang ditulis oleh Syeikh Ihsan bin Muhammad b ‘Ayish al ‘Utyaibi di bawah tajuk Jawapan Kepada Tohmahan Terhadap Syeikh. Bab yang bermula dari mukasurat 47 hingga 94 ini telah memaparkan contoh tuduhan serta jawapan balas terhadap Syeikh seperti menyamakan Allah dengan makhluk, penolakan terhadap mazhab serta larangan zikir berjemaah. Penulis jua terlebih dahulu membicarakan kelebihan ulama’, gesaan kepada larangan mendengar kata daripada orang lain tanpa bukti. Bab ini telah diakhiri dengan ucapan daripada golongan penentang, penyokong, para orentalis terhadap Syeikh Muhammad.
BAB 5
Bab lima bertajuk Manhaj Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Dalam Aqidah. Bab ini telah ditulis oleh Dr Sulaiman al Saloomi. Bab yang bermula dari mukasurat 96 dan berakhir di mukasurat 108 memfokus kepada aqidah yang menjadi pegangan Syeikh Muhammad.
BAB 6
Bab ini menyentuh latar belakang Syeikh Muhammad, seterusnya menyentuh isu pertuduhan yang dilemparkan oleh pihak musuh terhadap Syeikh Muhammad. Artikel yang termuat dalam bab ini berjudul Penyebaran Ilmu Salafi Khususnya Penulisan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Artikel ini ditulis oleh Dr Abdul Halim Saising.
BAB 7
Ini adalah bab yang terakhir, yang berjudul Muhammad bin Abdul Wahhab dari Perkembangan Semula Abad Ke 18 Hingga Abad Ke 21. Karya ini telah disumbangkan oleh Dr Azzam Tamimi. Bab ini menyentuh isu keadaan Islam pada abad ke 18, permulaan dakwah Syeikh Muhammad, pergerakan Syeikh Muhammad dan Ibn Saud, kampen kutukan terkini musuh Syeikh Muhammad dan kesan dakwah Syeikh Muhammad.
Secara kesimpulanya, buku yang berada di tangan saya ini merupakan medium bagi golongan yang menyokong perjuangan serta dakwah Syeikh Muhammad dalam usaha memberi penerangan kepada masyarakat umum akan perihal hidup Syeikh Muhammad, pegangan aqidah, method dakwah, sumbanganya serta menangkis dan menjawab tuduhan-tuduhan daripada golongan yang menentang mereka.
FALSAFAH RENE DESCARTES
Rene Descartes (1596-1650)
Rene Descartes dilahirkan pada 31 Mac 1596, di La haye, sebuah Bandar kecil di Touraine, Perancis. Beliau adalah anak yang ketiga dari keluarga yang amat disegani. Rene Descartes telah mendapat pendidikan awal di Jesuit College of La Fleche. Pusat pendidikan ini telah berpegang kuat dengan fahaman skolastik. Di sini beliau telah menjalani kursus pendidikan selama sembilan tahun. Walaupun beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang di kolej itu, beliau sering dibebani dengan kesangsian dan keraguan yang tidak berkesudahan.
Rene Descartes juga mengalami masalah kesihatan di mana beliau diberi kebebasan dan kelonggaran untuk memiliki masa tidur yang secukupnya dan hanya bangun dari tidur seawal 11 pagi setiap hari. Pada tahun 1649, Rene Descartes telah mendapat pengiktirafan Queen Christina dari Sweden untuk menyertai halaqah perbincangan di Stockholm dan meminta Rene Descartes mengajarnya falsafah. Walaupun pada awalnya Descartes agak keberatan, namun akhirnya beliau menerima undangan tersebut yang nyata telah menjadi penyebab kematiannya. Beliau telah diminta untuk memberi tutorial kepada Queen Christina seawal lima pagi, sesuatu perkara yang tidak pernah beliau lakukan selama ini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan cuaca sejuk di Sweden. Beliau telah meninggal dunia pada 11 Februari 1650 akibat menghidap penyakit pneumonia. Jasad Rene Descartes telah dibawa pulang ke Perancis untuk dikebumikan.
Falsafah Moden
Falsafah moden adalah tahap ketiga falsafah Barat yang nyata telah dipelopori oleh Rene Descartes yang merupakan ahli matematik dan juga ahli sains. Beliau telah mengkritik falsafah pra-moden dan beliau hanya mempunyai keyakinan dengan kebenaran ilmu matematik yang akan tetap kekal atau kebenaran yang hakiki walaupun sesorang itu melihat dari sudut metafizika atau dari sudut epistemologinya.
Falsafah moden telah bermula di Barat di Benua Eropah pada abad ke-17 dengan munculnya aliran rasionalisme. Falsafah Descartes telah wujud berdasarkan suasana Zaman Renaissance dan latar belakang peringkat awal falsafah moden. Falsafah Descartes lebih tertumpu kepada peranan akal dan juga diri seseorang individu itu sendiri. “I think therefore I am!” (Saya berfikir kerana itulah diri saya!). Bagi beliau, akal adalah asas dan panduan bagi mencapai kebenaran.
Rene Descartes telah mengemukakan kaedah kesangsian dalam pengasasan epistemologi Barat moden. Kaedah kesangsian ini telah ternyata menjadi asas falsafah ilmu dan perkembangan ilmu Barat sehingga sekarang. Rene Descartes juga merupakan seorang yang berfahaman humanisme yang menolak autoriti agama bertujuan untuk mencapai ilmu dan falsafah.
Walaupun Rene Descartes berpegang kepada mazhab Katholik, beliau banyak terpengaruh dengan cabaran golongan Reformasi dalam menentang pihak gereja terutama cabaran menentang fahaman Aristotelianisme Zaman Pertengahan. Beliau telah terlibat secara aktif dalam revolusi sains dan keinginan untuk menaikkan sekali lagi fahaman skeptik Yunani dengan menentang Renaissance. Beliau juga telah melakukan reformasi secara radikal dalam bidang intelektual yang menghasilkan perspektif baru dalam falsafah dan akhirnya masyarakat telah menolak aliran skolastikisme.
Prinsip yang dipegang beliau ialah ‘mengelak sebarang prejudis dan penulisan yang tidak tepat.’ Pada peringkat awal, kajiannya hanya terbatas kepada sains dan kemudiannya beliau melibatkan diri dalam bidang metafizik. Di antara karya beliau yang unggul ialah Rules for the Direction of the Mind berkenaan metod sains dan falsafah yang ditulis pada tahun 1628 tetapi hanya diterbitkan pada tahun 1701. Kemudian pada tahun 1637, beliau telah menerbitkan Discourse on Method berkenaan subjek fizik dan matematik. Karya-karya lain beliau ialah Meditations on the First Philosophy pada tahun 1641 dan Principles of Philosophy pada tahun 1644.
Rasionalisme
Rasionalisme adalah teori ilmu yang dipegang oleh ahli falsafah pada abad ke 17 dan 18. Sebagai seorang ahli falsafah, beliau telah dipengaruhi oleh tradisi rasionalisme Plato. Skeptisisme atau keraguan yang hampir menyerupai falsafah akademik Plato telah banyak mempengaruhi karya dan latar belakang falsafah Descartes. Seiringan dengan Plato, Descartes telah menolak pandangan golongan skeptik zaman pembaharuan yang menolak dan menafikan bahawa manusia mampu untuk memperolehi pengetahuan.
Rasionalisme telah mendapat garapan yang lebih mendalam, sistematis dan utuh di tangan Rene Descartes. Rene Descartes telah menjadi penyebab epistemologi atau teori ilmu terangkat menjadi tumpuan kajian ahli falsafah. Pendekatan beliau dalam pemecahan soal bagaimana akal manusia bekerja sebagai alat yang menghasilkan ilmu telah menjadi ikutan sejumlah ahli falsafah ternama. Pendekatan beliau ini dikenali sebagai “Kesangsian Radikal” (Radical Doubt). Perkataan radikal membawa maksud kesangsian yang asas dan ekstrem kerana bagi Descartes, kebenaran mestilah sesuatu yang pasti dan tidak goyah. Descartes juga percaya bahawa penggunaan kebolehan penaakulan yang dikurniakan oleh Tuhan adalah satu-satunya cara manusia mencari kebenaran yang hakiki.
Aliran rasionalisme mempercayai ketaakulan sahaja yang membolehkan seseorang mencapai ilmu tentang kewujudan atau sesuatu atau setiap benda itu hanya boleh dijelaskan melalui satu sistem sahaja iaitu ketaakulan. Aliran ini juga mempercayai bahawa kepercayaan agama seharusnya ditolak jika ia didirikan tanpa asas rasional atau sesuatu komitmen yang kuat kepada ketaakulan dan menentang sebarang bentuk kepercayaan, prejudis, cara hidup ataupun apa juga pegangan yang dianggap tidak rasional.
Rene Descartes yang dianggap sebagai pengasas kepada aliran rasionalisme di Barat cuba menggunakan akal semata-mata tanpa mengaitkan peranan pancaindera dalam usahanya untuk membuktikan bahawa ilmu itu hanya terhasil melalui proses taakulan. Keraguan yang munasabah adalah teknik yang digunakan dan keraguan ini hanya terhasil setelah melalui proses pemikiran. Descartes juga berkata bahawa,
“kita tidak boleh menangani sifat keraguan kerana hanya dengan keraguan kita boleh menghapuskan keraguan.”
(E.F.Raymond,1994)
Dengan cara yang penuh sistematik, beliau kelihatan sering meragui sesuatu sehingga menemui bukti yang mencukupi dan perkara tersebut tidak boleh diragui lagi.
Pada umumnya,terdapat dua prinsip utama yang mendasari teori Keraguan Descartes. Pertama, penggunaan keraguan dilakukan secara berhati-hati, hanya bersedia untuk menerima sesuatu perkara itu sebagai benar jika dapat dibuktikan kebenarannya dan kebenaran yang terhasil tidak mungkin terdedah kepada kesilapan kerana ia berdasarkan rasional seseorang. Kedua, sesuatu itu bermula dengan pembuktian jelas dan nyata dan dilanjutkan dengan cara yang betul yang mana pada setiap tahap berdasarkan tahap sebelumnya.
Falsafah rasionalisme Descartes mengimplikasikan kewujudan minda manusia yang mutlak dan mampu untuk menjelaskan kejadian atau fenomena alam. Berdasarkan falsafah Descartes ini bermakna Tuhan yang selalu dilihat sebagai ‘principle of explaination’ telah diketepikan oleh Descartes. Beliau hanya mempercayai dua bentuk kewujudan iaitu akal fikiran manusia dan dunia fizikal ataupun dua bentuk dunia iaitu minda dan jisim. Beliau juga menganggap sesuatu idea yang rasional dan logikal lebih tepat dan betul dari idea-idea yang diwarisi dari generasi lama.
Kesimpulan
Walaupun aliran pemikiran Descartes banyak dipengaruhi oleh tokoh falsafah sebelumnya seperti Aristotle dan Plato tetapi tidak boleh dinafikan lagi Rene Descartes adalah salah seorang ahli falsafah yang teragung dalam sejarah dunia falsafah Barat moden. Aliran pemikirannya telah membuka ruang baru kepada ilmu falsafah dan ahli-ahli falsafah selepas zamannya. Rene Descartes telah dianggap sebagai bapa falsafah moden kerana usaha dan kesungguhan beliau mencari satu kaedah dalam seluruh cabang penyelidikan mengenai manusia dan usahanya memperkenalkan konsep dan hujah yang boleh dijadikan asas dalam dunia falsafah.
Bahan-bahan rujukan:
Kaufmann,W & Baird, F.E.(2000). Modern Philosophy Vol. 3. New Jersey: Prentice Hall.
Gaukroger, S.(1980). Descartes Philosophy, Mathematics & Physics. New Jersey: Barnes & Noble Books.
Joachim, H.(1957). Descartes’ Rules For The Direction Of Mind. England:Thoemmes Press.
Sutcliffe, F.E.(1968). Descartes Discourse On Method And Meditations. England: Penguin Books Ltd.
Ross, G.R.T & Chavez-Arvizo, E.(1997). Descartes Key Philosophical Writings. Hertfordshire: Wordsworth Editions Limited.
Raymond, E.F.(1994). Perintis Psikomologi. Diterjemahkan oleh Yahya Mahmood. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan Pustaka.
Azmi Aziz & Wan Ramli Wan Muhamad.(2002). Tokoh Falsafah Dunia.Malaysia: Utusan Publications & Distributor Sdn Bhd.
Ahmad Sunawari Long.(2006). Sejarah Falsafah.Kuala Lumpur:Universiti Kebangsaan Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)