“Hai orang-orang yang beriman, berTAQWAlah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan berTAQWAlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al Hasyr: 18)
setiap hari anda akan dilahirkan semula
-
Rene Descartes (1596-1650) Rene Descartes dilahirkan pada 31 Mac 1596, di La haye, sebuah Bandar kecil di Touraine, Perancis. Beliau adalah...
-
alhamdulillah selesai sudah latihan mnembak dengan menggunakan senjata angkatan tentera malaysia yang baru COLT M4 yang bakal menggantikan S...
-
IBN MAJID DAN SUMBANGANNYA TERHADAP TEKNOLOGI PELAYARAN: SUATU PENGENALAN UMUM Asma’ Wardah binti Surtahman(PHD) Mohd Khairuddin bin Mohd H...
-
Buku bertajuk Raja Ali Haji ditulis oleh Profesor Dr. Awang Sariyan seorang pakar di dalam bidang bahasa dan linguistik melayu. Buku ini dit...
-
Buku yang ingin diulas oleh saya pada hari ini berjudul “ Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Antara Fakta & Palsu . Buku yang diulas ini m...
-
sedikit perkongsian ilmu dari penulis untuk pengunjung,,,,hasil dari bacaan buku yang bertajuk MAFAHIM YAJIBU AN TUSAHHAHA (kefahaman yang w...
-
Nabi Perempuan Pandangan Jemaah Islam Liberal Namun, setelah saya cek ke sejumlah kitab, ternyata status kenabian tak hanya dimonopoli kaum...
-
bismillahirrahmanirrahim.. sudah lama benar rasanya ana tak menulis di blog berkongsi citera hidup dan berkongsi ilmu dan hikmah bersama rak...
Selasa, 24 April 2012
SYEKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
Buku yang ingin diulas oleh saya pada hari ini berjudul “Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Antara Fakta & Palsu. Buku yang diulas ini merupakan himpunan kertas kerja daripada Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab pada 16 hingga 17 mac 2006 bertempat di Kangar, Perlis yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis.
Buku setebal 164 mukasurat termasuk kulit serta diterbitkan pada tahun 2007(cetakan pertama) yang berada di tangan saya ini telah diselenggarakan oleh Sakinah Ariff Johar,seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Wahyu Islam dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Buku ini telah diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd dan diedarkan oleh syarikat Alaf 21 Sdn Bhd serta dicetak oleh Dasar Cetak (M) Sdn Bhd.
Antara penulis atau penyumbang kertas kerja yang dimuatkan di dalam buku kecil ini adalah seperti berikut:
1) Dr Johari Mat daripada Nilam Puri Kelantan
2) Dr H.Yunahar Ilyas yang merupakan Dekan Fakulti Agama Islam Universiti Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia
3) Dr Sulaiman al Saloomi yang bertugas sebagai Professor Jabatan Aqidah Universiti Ummul Qura, Mekah
4) Syeikh Ihsan bin Muhammad bin ‘Ayish al Utaybi seorang graduan daripada Kuliyyah al Dakwah al Islamiyah, Lubnan
5) Dr Azzam Tamimi daripada Institut Pemikiran Politik Islam, London United Kingdom
6) Dr Abdul Halim Saising yang bertugas di Kolej Islam Yala, Thailand
Secara umumnya buku ini terbahagi kepada 7 kertas kerja yang jua boleh dikatakan ia terbahagi kepada 7 bab. Bab-bab tersebut adalah seperti berikut:
BAB 1
Aqidah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang ditulis oleh Dr Johari Mat. Dalam bab ini ia lebih membincangkan karya yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahhab beserta sumber pemikiran beliau iaitu al Quran, Sunnah dan Athar Salaf. Dalam bab ini jua beliau iaini penulis turut mengemukakan manhaj aqidah yang menjadi pegangan Syeikh Muhammad iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rubbubiyah dan Tauhid Asma wal Sifat. Bab 1 ini terdiri sebanyak 11 muka surat iaitu bermula dari muka 1 hingga ke 11.
BAB 2
Bab ini berjudul Manhaj Fiqah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang dinukilkan oleh Dr H.Yunahar. Bab yang bermula daripada mukasurat 13 hingga 26 ini banyak membincangkan pengalaman kembara mencari ilmu oleh Syeikh Muhammad, mazhab fiqh yang menjadi pegangan Syeikh Muhammad dan turut sama memuatkan empat kaedah pokok yang digunakan Syeikh Muhammad dalam memahami Islam.
BAB 3
Bab ini lebih tertumpu kepada dakwah yang dilakukan oleh Syeikh Muhammad, dasar-dasar dalam dakwahnya samada dari sudut aqidah, fiqh dan jua amar ma’ruf. Tidak ketinggalan jua beliau turut menyertakan contoh-contoh karya Syeikh Muhammad disamping tuduhan-tuduhan pihak musuh terhadap usaha dakwah Syeikh Muhammad. Bab ini berjudul Manhaj Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Dalam Aqidah telah ditulis oleh Dr Abdul Halim Saising
BAB 4
Bab ini memuatkan kertas kerja yang ditulis oleh Syeikh Ihsan bin Muhammad b ‘Ayish al ‘Utyaibi di bawah tajuk Jawapan Kepada Tohmahan Terhadap Syeikh. Bab yang bermula dari mukasurat 47 hingga 94 ini telah memaparkan contoh tuduhan serta jawapan balas terhadap Syeikh seperti menyamakan Allah dengan makhluk, penolakan terhadap mazhab serta larangan zikir berjemaah. Penulis jua terlebih dahulu membicarakan kelebihan ulama’, gesaan kepada larangan mendengar kata daripada orang lain tanpa bukti. Bab ini telah diakhiri dengan ucapan daripada golongan penentang, penyokong, para orentalis terhadap Syeikh Muhammad.
BAB 5
Bab lima bertajuk Manhaj Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Dalam Aqidah. Bab ini telah ditulis oleh Dr Sulaiman al Saloomi. Bab yang bermula dari mukasurat 96 dan berakhir di mukasurat 108 memfokus kepada aqidah yang menjadi pegangan Syeikh Muhammad.
BAB 6
Bab ini menyentuh latar belakang Syeikh Muhammad, seterusnya menyentuh isu pertuduhan yang dilemparkan oleh pihak musuh terhadap Syeikh Muhammad. Artikel yang termuat dalam bab ini berjudul Penyebaran Ilmu Salafi Khususnya Penulisan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Artikel ini ditulis oleh Dr Abdul Halim Saising.
BAB 7
Ini adalah bab yang terakhir, yang berjudul Muhammad bin Abdul Wahhab dari Perkembangan Semula Abad Ke 18 Hingga Abad Ke 21. Karya ini telah disumbangkan oleh Dr Azzam Tamimi. Bab ini menyentuh isu keadaan Islam pada abad ke 18, permulaan dakwah Syeikh Muhammad, pergerakan Syeikh Muhammad dan Ibn Saud, kampen kutukan terkini musuh Syeikh Muhammad dan kesan dakwah Syeikh Muhammad.
Secara kesimpulanya, buku yang berada di tangan saya ini merupakan medium bagi golongan yang menyokong perjuangan serta dakwah Syeikh Muhammad dalam usaha memberi penerangan kepada masyarakat umum akan perihal hidup Syeikh Muhammad, pegangan aqidah, method dakwah, sumbanganya serta menangkis dan menjawab tuduhan-tuduhan daripada golongan yang menentang mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan