setiap hari anda akan dilahirkan semula

Selasa, 24 April 2012

BIDAH YANG baik DAN BIDAH YANG buruk..

sedikit perkongsian ilmu dari penulis untuk pengunjung,,,,hasil dari bacaan buku yang bertajuk MAFAHIM YAJIBU AN TUSAHHAHA (kefahaman yang wajib diperbetulkan) karangan Al A'lamah Al Muhaddith PROF. DR SAYYID MUHAMMAD IBN 'ALAWI AL MALIKI AL MAKKI AL HASANI....suatau buku yang agak tebal dan memuatkan banyak sekali tajuk..akan tetapi penulis hanya membuat kesimpulan dari pembacaan penulis mengenai tajuk BID'AH...ala kulli hal selamat membaca:::: Terdapat di kalangan umat islam yang mengaku sebagai ulama’ atau pakar ajaran islam, menisbahkan diri mereka kepada salafussoleh. Mereka mengajak umat islam mengikut jejak langkah atau sunnah ulama’ salafussoleh dengan cara-cara primitive,penuh kebodohan, fanatik buta, akal yang senteng, pemahaman yang dangkal dan dada yang sempit. Bahkan, mereka juga berani memerangi setiap sesuatu yang baru dan mengingkari setiap penemuan baru yang baik dan berfaedah hanya kerana menilai (dengan pemahaman mereka yang sempit) perkara tersebut sebagai bid’ah. Pada pemahaman mereka, semua bid’ah adalah sesat tanpa membezakan di antara jenis-jenis bid’ah tersebut. Padahal, ruh islam mengkehendaki supaya kita membezakan di antara pelbagai bid’ah yang ada. Semestinya, umat islam mengakui bahawa bid’ah itu ada yang baik dan ada pula yang sesat. Inilah perkara yang dikehendaki oleh akal yang cerdas dan penelitian yang cemerlang. Inilah perkara yang telah ditahqiq (diakui kebenarannya setelah dilakukan penelitian) oleh ulama’ usul dari kalanagn ulama’ salaf umat ini seperti Imam al ‘Iz Ibnu Abdul Salam, Imam Nawawi, Imam Suyuti, Imam Jalauddin al Mahalli, dan Ibnu Hajar r.a. Hadith2 nabi perlu ditafsir di antara sebahagiannya dengan sebahagian hadith yang lain dan perlu disempurnakan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Umat islam perlu memahami sabda Nabi Muhammad dengan pemahaman yang cermat, komprehensif dan sempurna. Ia juga mesti ditafsirkan dengan ruh islam dan difahaminya bertepatan dengan pendapat dan penelitian Ahli Nazar (ahli pengkaji islam). Oleh kerana itu, kita mendapati untuk memahami atau mentafsir banyak hadith, memerlukan kepada kecemerlangan akal, kecerdasan intelektual dan pemahaman yang mendalam, serta disertai hati dan yang sensitive; yang pemahamannya berdasarkan lautan syari’at islam, di samping memerhatikan keadaan dan situasi umat islam serta pelbagai keperluannya. Situasi dan keadaan umat memang harus diselaraskan dengan batasan-batasan kaedah islam, nas-nas al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w tanpa terkeluar daripadanya. Contohnya hadith ini…setiap bida’ah adalah sesat(terjemahan) Untuk memahami hadith ini, kita mesti mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah dalam hadith ini ialah bid’ah sayyi’ah, iaitu bid’ah yang salah dan menyesatkan; yang tidak didasarkan kepada ajaran pokok agama islam. Pendekatan seperti ini atau apa diistilahkan sebagai taqyid (ikatan) juga digunakan pada hadith yang lain seperti hadith “Tidak ada solat (yang sempurna) bagi tetangga masjid, kecuali (yang dilakukan) di dalam masjid.” Hadith di atas, meskipun mengandungi “hasr” (pembatasan), iaitu menafikan solat tetangga masjid, tetapi kandungan umum daripada hadith-hadith lain mengenai solat, mengisyaratkan bahawa hadith tersebut perlu difahami dengan suatu qayyid atau pengikat. Maka pengertiannya, tidak ada solat (fardhu) yang sempurna bagi tetangga masjid. Namun, permasalahan ini terdapat perselisihan pendapat di antara ulama’. Begitu juga hadith ini: “Tiada solat di samping makanan (yang telah terhidang)” Maksudnya, tidak sempurna solat disamping makanan yang telah terhidang. Pendekatan ini juga harus kita gunakan untuk memahami hadith berikut: Tidak (sempurna) iman seseorang kamu kecuali ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri. Begitu juga hadith ini: “demi ALLAH! Tidak beriman . demi ALLAH! Tidak beriman. Demi ALLAH! Tidak beriman (dengan keimanan yang sempurna). Ada yang bertanya. “ siapakah ( yang tidak smepurna imannya) itu, wahai Rasullullah??” Baginda bersabda, “ orang yang jirannya tidak berasa aman denagn gangguannya.” “Demikian juga hadith ini: tidak masuk syurga pengadu domba”” “tidak masuk syurga pemutus tali persaudaraan. Tidak masuk syurga orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya.” Menurut ulama’ yang dimaksudkan dengan tidak masuk syurga itu adalah tidak masuk awal ke dalam syurga, atau tidak masuk syurga jika menghalalkan perbuatan mungkar tersebut. Justeru ulama’ tidak memahami hadith tersebut menurut zahirnya, tetapi mereka memahaminya melalui konsep takwil. Maka hadith bid’ah tersebut juga termasuk dalam bab ini. Keumuman kandungan pelbagai hadith dan keadaan para sahabat memberikan kesan bahawa yang dimaksudkan dengan bid’ah dalam hadith tersebut hanyalah bid’ah sayyi’ah; bida’ah yang jelas tidak mempunyai landasan pokok dari ajaran islam; dan bukan semua bid’ah!!!!!!!!!!!!!!...... Cuba perhatikan hadith2 kat bawah ni pulak: “sesipa yang melakukan sunnah yang baik, maka ia berhak mendapat pahalanya dan pahala orang yang mengamalkannya hingga hari kiamat.” “hendaklah kalian mengikut sunnahku dan sunnah para khalifah yang memberikan petunjuk.” Perhatikan juga perkataan Umar al Khattab mengenai solat TARAWIKH (secara berjemaah) “sebaik-baik bid’ah adalah ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan